Monday, February 28, 2011

CARTA TOP 10

JASA ANDA DI DUNIA

ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT

1. Meninggalkan sembahyang

- Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang

- Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat

- Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang

- Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah

- Duri- duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan

- Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia

- Kemurkaan Allah bersama mu...

8. Menyakiti hati orang dengan lisan

- Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah

- Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk

- Amalan baik diambil orang

Wednesday, February 23, 2011

10 Kemalangan Paling Mahal

10. Titanic
USD$150 Juta

Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Dalam cubaan mengelak aisberg berkenaan, bahagian kanan kapal tergeser pada aisberg lalu air memasuki bahagian bawah hadapan kapal. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapal Thomas Andrews, bot penyelamat diturunkan kerana Titanic dijangka karam. Pada 2:20 pagi 15 April, Titanic karam di Lautan Atlantik bersama 1,517 orang mangsa.




9. Lori Tangki vs Jambatan
USD$358 Juta

Pada 26 Ogos 2004, sebuah kereta bertembung dengan sebuah trak tangki yang membawa 32,000 liter minyak di Wiehltal Bridge, Jerman. Lori tangki ini melanggar penghadang jalan dan jatuh 100 kaki ke bawah dan menyebabkan berlakunya satu letupan besar dan api yang memusnahkan sebahagian jambatan. Kos pembaikan jambatan tersebut ilah 32 juta euro manakala untuk menggantikannya ialah sebanyak 250 juta euro.




8. Metro Link Crash
USD$500 Juta

Kemalangan ini berlaku pada 4:22 petang, 12 September 2008 di daerah Chatsworth, Los Angeles. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Kecuaian jurutera Metrolink dianggap sebagai punca kemalangan berlaku. Seramai 26 orang terbunuh manakala 135 yang lain tercedera. Kerugian dari kemalangan ini adalah disebabkan saman yang difailkan oleh mangsa ke atas syarikat Metrolink.





7. B-2 Bomber Crash
USD$1.4 Bilion

Pada 23 Februari 2008, pesawat pengebom B-2 telah terhempas sebaik sahaja berlepas dari Andersen Air Force Base di Guam. The Spirit of Kansas pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. B-2 musnah sepenuhnya menyebabkan kerugian sebanyak USD$1.4 bilion kerana setiap pesawat ini bernilai USD$2.1 bilion (1997).




6. Exxon Valdez
USD$2.5 Bilion

Tumpahan minyak Exxon Valdez berlaku di Prince William Sound, Alaska, pada 23 Mac 1989. Ia merupakan salah satu kemusnahan alam sekitar dilakukan manusia yang berlaku di lautan. Kapal milik syarikat ini telah menumpahkan lebih kurang 40 juta liter petroleum ke dalam laut dengan melibatkan kawasan seluas 3,400 km persegi. Kerugian sebanyak USD$2.5 bilion ini merupakan ganti rugi yang perlu dibayar syarikat berkenaan kepada bandar Anchorage yang menerima padah dari tumpahan minyak tersebut. Jumlah asal kerugian sebelum beberapa rayuan Valdez ialah USD$5 bilion.




5. Piper Alpha Oil Rig
USD$3.4 Bilion

Pelantar ini mula beroperasi pada 1976 sebagai pelantar minyak dan kemudian menjadi pelantar gas. Letupan dan kebakaran yang berlaku pada 6 Julai 1988 ini telah membunuh 167 orang manakala 59 yang lain terselamat. Sehingga kini ia masih dianggap sebagai tragedi pelantar minyak yang paling teruk di dunia.




4. Challenger Explosion
USD$5.5 Bilion

Letupan kapal angkasa Challenger berlaku pada 28 Januari 1986, 73 saat selepas ia berlepas dan menyebabkan kematian tujuh orang krewnya. Ramai yang menyaksikan kemalangan ini secara langsung kerana antara krew yang menyertai Challenger ialah Christa McAuliffe, ahli pertama Teacher in Space Project.



3. Prestige Oil Spill
USD$12 Bilion

Prestige yang merupakan kapal tangki minyak telah karam pada 2002 di persisir Galician dan menyebabkan tumpahan minyak yang sangat teruk. Tumpahan ini telah mencemarkan beribu-ribu kilometer persisiran pantai dan lebih seribu pantai di persisiran Sepanyol dan Perancis. Ia juga merupakan bencana alam sekitar yang paling teruk di Sepanyol. Ketika kejadian, kapal ini membawa 77,033 tan metrik dua jenis minyak yang berbeza gred.





2. Space Shuttle Columbia
USD$13 Bilion

Kapal angkasa Columbia meletup di angkasa Texas pada 1 Februari 2003 ketika cuba memasuki semula atmosfera Bumi selepas menamatkan misinya. Tujuh orang krew kapal ini terbunuh. Kemalangan ini disebabkan oleh ‘foam insulation’ yang tertanggal dari tangki luaran Columbia semasa ia dilancarkan.




1. Chernobyl
USD$200 Bilion

Tragedi Chernobyl ialah kemalangan reaktor nuklear yang berlaku pada 26 April 1986 di Chernobyl Nuclear Power Plant di Ukraine. Kebanyakan kematian yang berlaku disebabkan oleh kesan radiasi. Walaupun hanya 56 orang yang terbunuh ketika letupan ini namun lebih 800,000 orang terdedah kepada radiasi yang menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan. 100,000 lagi menjadi mangsa kanser maut akibat kesan radiasi berkenan. Tragedi ini juga menyebabkan bandar Pripyat yang berdekatan stesyen ini terpaksa dikosongkan.


Tuesday, February 22, 2011

Falsafah Kucing


Makanan kesukaan kucing ialah ikan.

Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.

Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.

Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??

Yaaa….kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,
dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.

Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan dirimu…

untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?

Yaa….hendaklah dikau dekati Tuanmu….ALLAH yang maha agung.

Kenali,dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.

Nescaya kelak…pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.

Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.


Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki…tanpa izin Tuanmu.

Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan…

Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.

Maka jika begitu… apalah gunanya?????



Friday, February 18, 2011

Hari Jumaat Perbanyakkan Berselawat ke atas Nabi SAW.

Salah satu amalan yang sangat-sangat digalakkan pada hari Jumaat ialah memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW.

Ada banyak hadith yang menerangkan tentang keutamaan-keutamaan dan kelebihan-kelebihan berselawat ini.

Allah Subhannahu wa Ta’ala telah berfirman di dalam Al-Qur’an yang bermaksud ;

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. 33:56)



Berikut adalah antara hadith-hadith Nabi yang menerangkan keutamaan berselawat.

  • Dari Abu Hurairahzbahwa Rasul Allah Subhannahu wa Ta’ala bersabda ;

“Barang siapa berselawat terhadapku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)

  • Dari Anas bin Malik Radhiallaahu anhu , bahwa Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda ;

“Barang siapa berselawat atasku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, menghapus darinya sepuluh keburukan, dan mengangkatnya sebanyak sepuluh darjat.” (HR Ahmad, an-Nasai dan di shahihkan oleh al-Albani).

  • Dari Abdullah bin Amr bin Ashz ia mendengar Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda ;

“Apabila kamu mendengarkan muadzin maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan, kemudian berselawatlah kepadaku karena barang siapa yang berselawat atasku sekali saja, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah untukku al-Wasilah, sesungguhnya ia adalah kedudukan di Syurga yang tidak layak kecuali hanya untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Dan aku berharap agar hamba tersebut adalah aku, barang siapa yang meminta kepada Allah al-Wasilah untukku, maka berhak atasnya syafaat.” (HR. Muslim)

  • Dari Abu Darda’zia berkata, “Telah bersabda Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam ;

“Perbanyaklah selawat atasku pada Hari Jum’at karena ia disaksikan, dan para malaikat pun menyaksikan. Dan sungguh tidaklah seseorang berselawat atasku, kecuali akan diperlihatkan kepadaku selawatnya hingga ia selesai darinya.” Dia mengatakan,”Aku berkata, ”Dan juga setelah meninggal dunia? Nabi menjawab, ”Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi.”(HR Ibnu Majah dan al-Mundziri menyatakan jayyid)

  • Dari Aus bin Auszia berkata, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda;




”Termasuk hari-hari kalian yang utama adalah hari Jum’at, pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, pada hari itu ditiup sangkakala dan terjadi suara keras yang mematikan. Maka perbanyak-lah selawat atasku pada hari itu, sesungguhnya selawat kalian diperlihatkan kepadaku” (HR. Ahmad dan Abu Dawud, dishahihkan oleh al-Albani)

  • Dari Abu Umamahzdia berkata, ”Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam telah bersabda ;

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada Hari Jum’at, karena selawat dari umatku diperlihatkan pada tiap-tiap Hari Jum’at. Barang siapa yang lebih banyak selawatnya kepadaku maka ia lebih dekat kedudukannya dariku.”(HR. al-Baihaqi dihasankan oleh al-Albani).

  • Dari Abu Hurairahzia berkata, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda ;

“Sungguh rugi seseorang yang disebutkan diriku disisinya namun tidak berselawat atasku.” (HR. At-Tirmidzi, berkata al-Albani hasan shahih)

  • Dari Ibnu Abbaszberkata,”Telah bersabda Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam ;

“Barang siapa melupakan (meninggalkan) selawat terhadapku maka akan tersalah dia dari jalan surga.” (HR. Ibnu Majah dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits lain)

  • Dari Husain Radhiallaahu anhu, dari Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda ;

“Orang bakhil adalah orang yang diriku disebut di sisinya namun tidak berselawat kepadaku.” (HR. An-Nasai di sha-hihkan oleh al-Albani)

  • Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata ;

”Wahai Rasulullah, sungguh aku akan memperbanyak selawat atasmu, maka seberapa banyak kujadikan do’aku untuk berselawat kepadamu? Beliau menjawab, “Sekehendakmu” Dia bekata, “Aku mengatakan, “Apakah seperempatnya?” Beliau menjawab, “Terserah kamu, dan jika engkau menambah, maka itu lebih baik bagimu.”

Aku berkata, ”Apakah separuhnya?” Rasul menjawab, ”Terserah kamu, dan jika kamu menambah, maka itu lebih baik bagimu.” Aku lalu berkata, “Apakah dua per tiganya?” Nabi menjawab, “Terserah kamu dan jika kamu menambahnya, maka itu lebih baik bagimu.”

Aku berkata, ”Apakah aku berselawat kepadamu sepanjang hariku.” Beliau bersabada, “Kini telah cukup keinginan dan kesungguhanmu dan Allah mengampuni dosa-dosamu.” (HR. Ahmad dan at-Tirmidzi, ia mengatakan hadits hasan shahih, dan al-Albani menyetujuinya).

  • Dari ‘Amir bin Rubai’ahzia berkata ;

“Saya mendengar Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam berkhutbah dan bersabda, “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka malaikat senantiasa berselawat kepadanya selagi ia masih berselawat kepadaku. Maka seorang hamba boleh menyedikitkan atau memperbanyaknya.”

  • Dari Aliz ia berkata,

“Setiap do’a terhalang, sehingga diucapkan selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad.”(riwayat ath-Thabrani dan dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits yang lain)

  • Dari Umar bin Khaththabz secara mauquf ;

”Sesungguhnya do’a terhenti di antara langit dan bumi, ia tidak naik sama sekali, sehingga disampaikan selawat kepada Nabimu Shallallaahu alaihi wa Salam .” (Riwayat at-Tirmidzi dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits yang lain).

Lihatlah begitu banyak hadith yang memperkatakan tentang keutamaan berselawat terutamanya pada hari Jumaat. Maka apakah tindakan kita setelah mengetahui tentang hadith-hadith ini? Banyak mana kita berselawat dalam sehari?



Berikut ini pula saya senaraikan beberapa faedah, fadhilat atau kebaikan kita berselawat atas Nabi SAW.

Al-Imam Ibnul Qayyim dalam kitab “jala’ul afham” menyebutkan ada lebih kurang empat puluh fadhilat berselawat atas Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam , di antaranya ialah :

  1. Merupakan bentuk pelaksanaan perintah Allah dan mencocoki terhadap apa yang Dia lakukan berupa shalawat terhadap Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam .
  2. Mencocoki para malaikat yang juga menyampaikan shalawat atas Nabi.
  3. Orang yang mengucapkan satu shalawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam akan mendapatkan sepuluh shalawat dari Allah Subhannahu wa Ta’ala .
  4. Pelakunya akan diangkat sebanyak sepuluh derajat, ditulis untuknya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh keburukan.
  5. Apabila dibaca sebelum memanjatkan do’a, maka akan sangat memungkinkan untuk diijabahinya do’a itu.
  6. Menjadi penyebab untuk mendapatkan syafa’at.
  7. Menjadi sebab untuk diampuninya dosa-dosa.
  8. Merupakan sebab Allah memberikan kecukupan bagi kebutuhan seorang hamba.
  9. Shalawat akan mendekatkan kedudukan seorang hamba dengan Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam nanti pada Hari Kiamat.
  10. Shalawat disejajarkan dengan shadaqah kepada orang yang kesusahan.
  11. Shalawat merupakan salah satu sebab terpenuhinya hajat.
  12. Dengan bershalawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam , maka Allah dan para malaikat juga akan bershalawat terhadapnya.
  13. Merupakan pembersih dan penyu-cian bagi orang yang melakukannya.
  14. Merupakan sebab seorang hamba mendapatkan kabar gembira dengan surga menjelang meninggal dunia.
  15. Menjadi sebab terbebasnya seseorang dari huru-hara pada Hari Kiamat
  16. Nabi akan membalas menyampaikan shalawat dan salam kepada orang yang mengucapkannya terhadap beliau.
  17. Ia menjadi sebab untuk teringatnya sesuatu yang terlupakan.
  18. Merupakan sebab untuk baiknya suatu majlis dan dapat menyelamatkan dari buruknya majlis yang tidak disebut di dalamnya nama Allah.
  19. Menjadi penyebab hilangnya kefakiran.
  20. Meniadakan predikat bakhil pada seorang hamba.
  21. Dapat menjadikan pelakunya terbimbing untuk menuju jalan ke Surga
  22. Menjadikan sebab terpancarnya cahaya bagi seorang hamba, ketika melewati ash-Shirath (jembatan di Hari Kiamat).
  23. Menjadikan seseorang dapat terbebas dari tabiat yang keras dan kasar.
  24. Merupakan penyebab untuk keberkahan terhadap diri, amal dan umur orang yang mengucapkannya.
  25. Menjadikan penyebab untuk mendapatkan rahmat dari Allah.
  26. Selawat dapat menjadikan seseorang terus-menerus mencintai Rasulullah dan bahkan akan selalu bertambah cintanya.
  27. Ia akan menjadikan seorang hamba mendapatkan hidayah dan menghidupkan hati.

Sumber : Kutaib, “Fahlail wa Tsamarat ash-Shalih ‘an Nabi saw,” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan.





Banyak sungguh kelebihan dan fadhilat berselawat atas Nabi SAW ni kan? Sekarang, cuba tanya pada diri sendiri, berapa kalikah kita berselawat ke atas Nabi dalam 1 hari? 100 kali? 50 kali? 10 kali? Atau 1 kali pun kita susah nak berselawat?

How to Preserve Curry Leaves ?

For those of us who cant get Curry Leaves in our garden or in the near by supermarket this is the best way that I found which works to preserve them.

Ingredients :
  • Curry Leaves

Method :
  • Take fresh Curry Leaves. Remove rotten ones.
  • Separate leaves from stem and rinse well.
  • Place a paper towel / kitchen towel on a tray and spread the leaves.
  • Let it dry for 2 to 3 days.
  • Store it in a airtight container / zip lock cover in room temperature.
  • Use it like you do with fresh curry leaves for seasoning / tadka / talimpu
Note : Stays good for a month. The dried leaves would be light green in colour and crispy.

Cara Elak Ayam Goreng Melekat Di Kuali


Jika menggoreng ayam yang banyak pastinya akan melekat di kuali dan menyebabkan ayam yang digoreng hancur. Petua ini boleh membantu.

Letakkan daun pisang di dalam kuali menggoreng. Hasilnya, ayam yang digoreng akan mudah diangkat dan tidak hancur.

Mempercepatkan Air Mendidih


Mungkin anda pernah mengalami situasi di mana tetamu datang secara mengejut. Dan anda terkial-kial hendak menyediakan air minuman. Cara ini boleh membantu.

Untuk mempercepatkan air mendidih, ambil air sejuk dan jerangkan. Masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air yang dijerang. Air yang telah dicampur dengan gula akan lebih cepat mendidih berbanding air biasa tanpa gula.