Hari ini tips menulis matlamat yang efektif. Selamat membaca dan mencubanya!
1. Kenal pasti 4 matlamat utama tahun ini untuk anda. Jumlah 4 matlamat adalah jumlah yang ideal. Jika matlamat terlalu banyak, membuat anda menjadi kurang fokus. 4 matlamat sederhana-besar adalah sesuai untuk dicapai dalam skala masa setahun. Mempunyai satu matlamat pula hanya membuat kehidupan adna sedikit bosan dan kurang menarik. Cuba bayangkan jika anda sudah berjaya mencapainya pada bulan Ogos. Apakah anda akan buat dengan 4 bulan baki seterusnya?
2. Tulis matlamat anda dan tampalkan di tempat yang senang dilihat. Bilik tidur adalah tempat yang sesuai. Ini bagai memberikan cabarn untuk diri anda. Selain itu, menambah kemungkinan besar untuk dilihat oleh ibu bapa, saudara mara, atau rakan. Ini memberitahu kepada mereka bahawa anda serius dengan matlamat tersebut.
3. Jawap soalan ‘mengapa anda yakin anda dapat mencapai matlamat ini?’ Berikan jawapan anda untuk setiap matlamat ini. Dengan memberi jawapan kepada soalan ini, ia membawa anda kepada psikologi pemenang dan bukannya mangsa. Anda memberitahu diri anda bahawa semuanya adalah tidak mustahil untuk dicapai.
4. Senaraikan perkara apakah yang anda dapat lakukan pada hari ini, esok, dan lusa untuk mendekatkan anda kepada matlamat anda. Untuk meningkatkan peratusan kejayaan matlamat itu, anda perlu memberikan momentum dan mengerjakannya dalam masa 24 jam. 24 jam adalah masa yang kritikal selepas sebuah matlamat dikenalpasti. Jika anda tidak melakukan apa-apa perkara dalam masa untuk mastlamat anda, akan bertambah sukar matlmat itu dicapai. Ambil tindakan walaupun kecil. Apa yang penting adalah mengambil tindakan!
Harap tips yang dikongsi bermanfaat.Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment