Cahaya Qamra
Tuesday, February 24, 2015
Friday, February 1, 2013
Comeback!
Lamanya dah tak update blog...
ngeee~~~
kena rajin la..
huhu..macam mungerrr ni.....
happy bile saya update,hehehe...
Thursday, December 15, 2011
My EBM stocks..and how to maintain my EBM stocks..
|
ni lak rupa keseluruhannya..ada 6 bekas buat ms ni..
|
ni bekas yg saya susun dlm DF..marker pen sbg penunjuk saiz je.. |
Tuesday, August 23, 2011
Petua banyakkan susu badan
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
- Cekur Manis
- Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
- Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
- Halba dan Jintan Hitam
- Bunga Melur
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
- Lobak Putih
- Pucuk Betik
- Tuaman Daun Sirih
- Jantung Pisang
- Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung. Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
- Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
- Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
- Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
- Jambu batu – makan begitu sahaja.
- Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
- Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
- Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
- Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
- Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
- Barli – air atau bubur barli.
- Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
- Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
- Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
- Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
- Air horlicks
- Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
- Teh hijau jepun
- Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
- Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
- Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
- Ubat homeopati.
Rujukan : http://susuibu.com , http://ratuhati.com , www.sarakids.com
Saturday, May 28, 2011
Bengkung Cara Jawa
Sebelum pakai bengkung, kena pakai alas kat dalam bengkung untuk bagi perut cepat kempis. Kira double effectlah...Pakai minyak urut panas, lepas tuh lumur kapur + limau nipis + param kat perut dan tutup dengan kain batik yang dah dikoyak dan ikat kat depan macam pakai cover perut tuh.
Lepas tuh barulah ambil hujung bengkung (hujung satu lagi ikat kat tingkap) dan tarik tali bengkung kuat-kuat serta tegang. Ikat kat perut bahagian bawah sekali (dekat bawah rahim). Bengkung kena ikat kemas dan dua kali. Lepas itu apa lagi, pusinglah badan untuk kasi bengkung tuh cover dari bawah sampai ke atas dan ke bawah lagi. Itu yang kena bengkung panjang sampai 10 meter. Kalau tidak tak dapat dua lapis. Waktu proses pusing-pusing nih kenalah pastikan kain bengkung kemas dan cantik sewaktu digulung kat perut.
Kalau bengkung yang ikat kat depan pun boleh juga tapi lepas bukak mesti ada bekas ikatan kat perut atau bila nak bongkokkan badan mesti kena tali ikatan kat perut. Ikut taste fashion masing-masing....
Dah habis bengkung barulah sedap nak berjalan ke mana-mana. Tapi mak akan tegur kalau jalan laju waktu berpantang. Disuruh jalan perlahan-lahan dan jaga langkahnya. Mungkin takut tersadung dan jatuh. Bila dah kuat sikit, barulah boleh pakai bengkung sendiri. Sepanjang waktu berpantang, mak tak kasi pakai seluar. Kena pakai baju kurung atau kain. Sebabnya, untuk langkah yang lebih sopan dan teratur. Pernah tengok cara orang perempuan Indonesia (yang jenis bangsawan) berjalan?. Macam itulah kot....
Kalau tak pakai bengkung mesti risau, nanti sakit kat bahagian rahim. Dah pernah rasa rahim jatuh lepas bersalin waktu travel balik Alor Setar naik kereta. Hanya Tuhan yang tahu sakitnya macam mana. Itu belum sakit waktu nak urut membetulkan kedudukan rahim balik. Tapi taklah sama macam sakit waktu bersalin.
Mak suruh pakai bengkung sampai 100 hari untuk elak perut lagi buncit dan mengelebeh. Selebihnya bergantung dengan cara pemakanan dan senaman ringkas. Pesan mak lagi, waktu berpantang adalah waktu membentuk badan mengikut kemahuan kita. Akhir kata, selamat berpantang!:)
credit to blog: Dari Kacamata Ummi
Monday, March 14, 2011
Pemakanan Ibu Mengandung
* Buah-buahan dan sayur-sayuran
-> Buah : Betik, Tembikai, Labu
-> Sayur : Broccoli, kubis, lobak merah, kentang
* Makanan berkanji
-> roti, nasi, pasta, ubi kentang.
* Makanan berprotein tinggi
-> Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
* Makanan berkalsium tinggi - bagus untuk ketahanan gigi ibu dan pertumbuhan gigi & tulang bayi.
-> Susu, yoghurt, cheese.
* Makanan berserat tinggi - untuk mengelak sembelit
-> Bijirin : Oat
-> Buah : Tembikai, Epal merah, Melon, Buah Naga, Belimbing, Pir Hijau, Jambu biji Merah, Betik, Avocado hijau, Mangga, Laici, Pisang, Tomato
* Vitamin dan Mineral tambahan - dalam bentuk pil yang akan diberi di klinik semasa pemeriksaan ibu mengandung. Habiskan semua pil yang doktor bagi. :)
-> Asid folik : Untuk perkembangan saraf dan otak bayi
-> Zat Besi : untuk pembentukan sel darah merah (membawa makanan dari ibu kepada bayi melalui plasenta)
-> Kalsium : untuk pembentukan tulang dan gigi bayi
Kelebihan Wanita Mengandung Yang Mual di Pagi Hari (Morning sickness)
Berikut disenaraikan kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami mual atau muntah terutamanya di awal kehamilan:
1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.
2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.
3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.
4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.
5. Lebih tingginya berat lahir.
6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.
7. Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.
Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.