Friday, February 18, 2011

Bersihkan Karat Pada Teko Dan Cawan


Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur dengan air garam dan limau nipis. Biarkan selama lebih kurang lima belas minit. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapati cawan dan teko tersebut bebas daripada kesan karat yang disebabkan oleh teh atau kopi.

Selamat mencuba!

Menghilangkan Kotoran Pada Kulit Kerang


Bagi anda yang gemar memakan kerang, ada petua untuk membersihkannya. Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sampai hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan mendapati kulit kerang akan lebih bersih.

Thursday, February 17, 2011

Minum Kopi Sebelum Bersenam


Pelik tapi benar. Mungkin ini kedengaran pelik tetapi baik untuk anda cuba. Sesekali sebelum memulakan senaman, apa kata jika anda cuba minum secawan kopi.

Kandungan kafein di dalam kopi akan menjadi wake-up call yang istimewa buat otak anda. Ia membantu anda untuk mengekalkan tahap kecergasan anda lebih lama dari 30 minit.

Selain itu ia juga membantu tubuh membakar lemak terlebih dahulu dari karbohidrat di dalam tubuh sebagai sumber tenaga bagi aktiviti kecergasan tersebut.

Jadi, apa kata anda cuba?

Ulam Raja

ulam-raja

Ulam ini paling digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ulam ini diberi nama ulam raja adalah kerana ia merupakan raja segala ulam. Berbeza dengan ulam lain, ulam raja seakan meninggalkan rasa gasnya yang tersendiri. Seiring nama saintifiknya cosmos caudatus, ulam raja sebenarnya tergolong dalam jenis kosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan keranya bunganya yang cantik dan berwarna-warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yang kecil dan berwarna pucat ala merah jambu ataupun putih. Ulam ini mengandungi nilai khasiat yang tinggi kepada tubuh. Ianya mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Malah ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan juga menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengan bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli.

Buah Plum – Anti Cacing dan Anti Bakteria

plums

Buah plum yang dimakan segar mempunyai rasa manis, masam dan segar. Setelah mengalami pemprosesan, warna buah ini akan bertukar menjadi hitam. Bagi orang Cina, buah plum hitam membantu menyedapkan masakan khususnya sip. Buah plum hitam mengandungi asid sitrik, beta sitosterol dan triterpene. Selain itu, ia mengandungi khasiat antibakteria, melegakan demam, melancarkan pembuangan air besar dan mematikan cacing usus pembuangan terutamanya cacing gelang.

Redakan Kepanasan Ketika Hamil

Salah satu keluhan yang sering diluahkan oleh wanita mengandung adalah berasa tubuh panas. Ia berlaku kesan daripada penghasilan hormon progesteron akibat menigkatnya suhu tubuh janin. Semakin bertambah usia kehamilan anda, semakin tidak selesa anda rasakan akibat kepanasan.

Namun untuk mengurangkan kepanasan yang dirasakan oleh ibu-ibu hamil, cara berikut boleh dilakukan.

  • Minum sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang banyak keluar serta akibat kekerapan membuang air kecil ketika hamil.
  • Mengambil makanan yang banyak mengandungi cairan seperti bubur, yogurt, just buah dan sebagainya.
  • Pakai pakaian yang selesa seperti pakaian daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pakailah pakaian berwarna putih kerana ia tidak menyerap panas sinar matahari.
  • Pakailah kasut yang terbuka dan selesa terutama sekiranya kaki berasa panas dan bila kaki mula membengkak.
  • Semburkan air ke wajah atau lapkan wajah dengan tisu atau tuala basah untuk menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas.

Posisi Tidur Selesa Ketika Hamil

Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seseorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu banyak keluhan tentang sukar tidur didengari daripada wanita hamil. Berikut adalah sedikit panduan buat anda mencari posisi tidur yang selesa.

Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasanya perut tidak terlalu besar. Maka tidak menjadi masalah untuk anda tidur dalam apa-apa posisi pun. Ketika usia kandungan di bawah 20 minggu, anda boleh bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh darah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Trimester 2 dan 3
Ketika ini perut anda sudah membesar. Ketika inilah anda serba salah memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah yang
utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Tidur terlentang juga menyebabkan anda terasa sakit di punggung. Posisi tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi yang paling baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri.